PAGES

Dasar Penafian

SELAMAT DATANG

WELCOME TO SK BANDAR BAHARU BLOG

Sunday, 10 April 2016

Sejarah Awal


Sebelum wujudnya sekolah di Bandar Baharu, kanak-kanak di kawasan ini bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak. Mereka berulang alik dari rumah ke sekolah menyeberangi Sungai Kerian dengan menggunakan “ sampan sagor ”. Era Pendidikan Di Bandar Baharu ; Sekolah pertama di  Bandar Baharu telah dibina pada tahun 1908, terletak di Lot 2990 berhampiran Masjid Bandar Baharu. Jumlah pelajar hampir 50 orang. Guru Besar ialah Encik Hashim bin Meon .Pada tahun 1918, sebuah bangunan tambahan dibina . Encik Ayub bin Haji Mat Akib lulusan Maktab Perguruan Bukit Tiong, Singapura sebagai Guru Besar . Jumlah pelajar telah mencapai 150 orang.Kronologi Seterusnya …* 1964 - Tanah sawah seluas 2.5 hektar dibeli untuk pembinaan bangunan sekolah dan siap dibina pada bulan Ogos 1964.* 1972 - Sekolah Kebangsaan (L) dan Sekolah Kebangsaan (P) digabungkan menjadi Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu. Guru Besar  - Encik Othman bin Razak* 1980 - Guru Besar  - Encik Mohd Ghaus bin Hashim,* 1981 - SKBB mendapat bangunan dua tingkat yang siap dibina pada tahun 1982 dan mula digunakan pada 1 Januari 1983.* 1988 - SKBB mendapat sebuah lagi bangunan yang dibina secara gotong-royong.* 1989 - Bangunan sekolah yang dibina secara gotong-royong dirasmikan oleh YB Dato’ Sheikh Kadir bin Sheikh Fadzir, Ahli Parlimen Kulim / Bandar Baharu pada 23 Januari 1989.* 1990 - SKBB mendapat sebuah lagi bangunan tambahan untuk dijadikan Pusat Kegiatan Guru ( PKG ).* 1993 - SKBB mendapat sebuah bangunan dua tingkat .
 - Guru Besar - Encik Aim bin Untong.
* 1994  - Guru Besar - Tuan Hj. Wan Mahmud.
* 1997  - Guru Besar  - Encik Azuddin bin Aziz  .
* 1997  - Guru Besar  - Pn. Nor Asiah bt Abd Ghalim PCK .
* 2010  - Guru Besar - Pn.Hjh.Junainah bt.Sidek .
* 2013  - Guru Besar - Pn. Hjh Noor Aida bt Yaakub.
* 2014  - Guru Besar - Encik. Zulkiflee bin Ahmad .

No comments:

Post a Comment